Sunday, October 17, 2010

Maghi kito pakat gi kota bharu


Assalamulaikum semua,
Apa khabar semua? Nampaknya setakat ini perkembangan kami tiada apa2 perubahan
Saya Fauzan di sini ingin berkongsi sedikit pengalaman kepada kamu semua.
Kali ini kita ketepikan perkembangan kumpulan kami ini untuk ceritakan apa wak buat baru2 ni...
Beberapa hari yang lepas saya telah bercuti ke negeri asal dikir barat iaitu di negeri kelantan
Banyak perbezaan di antara negeri kelantan dengan negeri yang lain di malaysia
Di antaranya hujung minggu mereka tidak sama dengan hujung minggu di negeri lain dan Singapura. Kalau hujung minggu kita hari sabtu dan ahad, di sana pula hujung minngu mereka merupakan hari jumaat dan sabtu
Beberapa kedai akan ditutup pada hari jumaat
Tetapi yang best kat sana, bazar malam yang menjual barang pada harga yang murah
Itulah sedikit sebanyak yang anda ingin tahu tentang kelantan
Baiklah, wak sampai di kelantan pada hari rabu pukkul 4.30 petang
Saya pergi menaiki kapal terbang... dari singapura ke kota bharu.  Tiada penerbangan langsung dari sini ke kota bharu, jadi kene transit di kuala lumpur
Jadi sampai saya di kota bharu, terus ke hotel pasal penat transit dari pukul 9.50 pagi dari singapura
Malamnya saya pergi makan nasi kerabu dengan ayam percik di Yati ayam percik.
Restoran itu terkenal di kelantan kerana ayam perciknya yang manis.

Minta maaf tk sempat ambik gambar ayam percik pasal terlalu lapar sangat
Tetapi nasi kerabu ini lagi penting
Di kelantan hidangan traditional mereka adalah nasi kerabu dan nasi dagang
Makanan di sana semua manis, baik dari kuih muih mahupun lauk pauk seperti ayam kurma mereka
Kemudian kita pergi ke wakaf che yeh di mana setiap malam ada bazaar menjual barang murah

Lihat kain2 di situ
Dijual dengan harga yang murah dan cantik
Pasti memikat si dara jelita di sana
Baiklah hari berikutnya pula, kami sekeluarga pergi mencari sesiapa yang membuat rebana
Dan akhirnya kami telah mendapat seseorang yang boleh membuat demikian

Inilah rebana yang saya pesan
Tukan bikin rebana ini mengambil masa dua hari ntuk siapkan rebana ini
Kemudian, kita pula membeli belah di sana sini 

Terutama ibu saya kerana dia sempat beli tudung melambak
Sampai bika kita pulang kita bawak 3 beg berbanding 2 beg kita pergi
Haha

Inilah kain batik buatan mereka
Dan kami pula sempat membeli beberapa helai kain dari situ
haha



No comments:

Post a Comment