Para pembaca semua, setelah kemenangan besar kami pada suara serumpun 3, kami mengambil break selama 2 minggu sebelum kita kembali untuk perkhemahan dengan nira nyertika dan SNT, kumpulan tarian temasek poly. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kami semua, maklumlah kalau ada apa2 show ngan SNT senang untuk bekerjasama.
Kita mula pada hari pertama di mana kami dibahagi dengan 4 kumpulan. Nama kumpulan itu mesti ada makna tersendiri dan nama kumpulan yang diberi adalah Tratengteng(betul ke???) PNT(Panjy Nira Tarian), Kencana dewi dan KAS(Kami Anak Seni)... bukan main sedap namanya tu semua. Activity pertama mengenal sesama sendiri melalui ice breaking, kemudian ada talk oleh sonny.
Kemudian ada ARTSAppreciation di mana kita semua kena ajar macam2 oleh budak tarian dan dikir barat. Yg paling best tarian. BUKA TUTUP BUKA TUTUP..... jadi sebutan banyak orang terutama kami. Selain itu kita pun diajar vocal dan juga paluan seperti dilihat di atas.Kemudian kita train untuk group performance untuk hari kedua, kena selitkan semua element dari tarian dan dikir.
Itulah 4 kumpulan yang sibuk berlatih untuk performance nite(padahal kul 5 ptg besok nye performance). Malamnya pula, kita berlatih untuk besok juga, kali ini dengan kumpulan masing2 (nira, pst snt). Kita pula dilanda masalah. Kepala gong pula tercabut masa training tu.... apadahhh... namun kita tetap berlatih..... Hari pertama telah berlalu dan datangnya pula esok hari
Eh man asal tidur ngan computer sekali? tu lah penat sngt satu hari suntuk organise ni sume sampai tertidur kt situ. Ni part yang sampai sekarang kita takkan lupa. Masa kita tengah kt dreamland, ada 2 mambang kacau beberapa budak pst. Dorang semua ada colgate party, taruk colgate kt badan kita orang... kita tak sedar sampai kita bangun dari tidur.... colgate kt sana sini.... dh pulak tu... dorang pula nk kejutkan orang mcm2 cara dorng pakai. Paluan kompang lah, azan kt dorang uh... hai mambang mambang. Dh start pula hari kedua, hujan pula turun tapi itu tak mematahkan semangat kita semua untuk teruskan aktiviti esok. Kita pun pergi indoor dan inilah yg kita lakukan
Kemudiannya pula persiapan terakhir sebelum kita akan membuat persembahan.... diam tk diam 2 hari telah berlalu begitu pantas dan dngan persembahan ini tamatlah camp 2 hari 1 malam ini....asal tk 3 hari 2 malam?? Lagi shiok kan... lagi bagus 1 minggu??? hahaha... bankrupt dah. Mereka tampil membuat persembahan mereka tetapi hanya satu kumpulan yang akan berjaya. Pemenang bagi persembahan terbaik adalah tratengteng dan tempat pertama untuk camp ni jatuh kepada dorang juga. TAHNIAH TRATENGTENG!!!
Inilah pemenangnya kumpulan trangtengteng. Tahniah kepada mereka.... dorang puny performance....mak ai gerek dokk haha. Tapi secara keseluruhan camp ni memang gerek, maklumlah ada budak tarian.. lol. Haha sampai di sini sahaja untuk kali ini. Dengar2 ada pertandingan november ini, jadi kene berlatih bersungguh-sungguh. Kali ini kita mesti champion nye boleh ke tk?
Sekian Assalamualaikum Wr Wb
No comments:
Post a Comment