Monday, June 21, 2010

Sudah Lama Kami Menyepikan Diri, Kini Kami Menyerlah Lagi

Amboi lihat itu betapa semangatnya awok2 kami. Haha. Gambar Ini diambil semasa piala suara serumpun 3 antara politeknik. Kebanyakan barisan awok2 dan juga paluan yang bertanding pada piala suara serumpun merupakan anggota baru. Kita hanya diberi persiapan selama 6 minggu untuk pertandingan ini. 6 minggu nampaknya begitu singkat untuk persiapan kami, namun sepanjang 6 minggu kami telah menempuhi berbagai rintangan dan halangan.
Pertandingan itu diadakan masa kami semua tengah tertekan belajar untuk "test" kami
dan seminggu sebelum "test week", kami tidak boleh berlatih di sekolah... jadi terpaksalah kami berlatih di sunplaza park di tampines. Pada malam pertama berlatih di sunplaza park, kita terpaksa dihalau oleh makcik2 yang sedang mengadakan kebayarobics di pentas sana.
Apa lagi, latih di tempat lain dah......

Selama dua minggu mulai dari minggu itu... kami terpaksa mengharungi gigitan semut, nyamuk dan juga praying mantis yang sesat di situ menganggu latihan kami. Di tengah kesibukan "term test" kami sanggup turun berlatih malam2 sampai kul 11 daripada pukul 7 malam namun kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kena latih, latih, latih dan kalau ada kesilapan, tolong betulkan. Dan akhirnya usaha kami telah membuahkan hasil


Inilah Karut Kami Khairul yang berjaya memenangi karut terbaik untuk pertandingan itu
 Nk buat joget ayam ke khairul? Haha bila part matang, semua joget keluar, joget portugese pun ada skali daaahh.... tapi baik khai..... seterusnya
Juara Kita Saiful yang pula memenangi Juara Terbaik untuk pertandingan itu
Haha suaranya begitu tinggi sekali, boleh setanding Jamal Abdillah kut.... hahahah.... 
seterusnya
di belakang karut dan juara kami adalah paluan yang terdiri daripada Man(rebana), Matin(anak), Luqman(gong) dan yang tidak terlihat di situ, Fauzan (maracas)
Kami pun memenangi Paluan Terbaik dalam pertandingan itu, wahhh nampaknya si harimau sudah menunjukkan kukunya pulanya.... menang itu ini... dan yang ini pula adalah hadiah yang begitu berharga sekali buat panjy sry temasek
 
ya inilah paling berharga sampai si din tu gigit trophy dia.... lapar sngt ke... hahahah. Terkejut bila emcee mengumumkan pemenang tempat kedua adalah PANJY SRY TEMASEK!!!wahh inilah saat yang paling berharga untuk kami dan juga satu titik permulaan bagi budak2 baru panjy. Tempat ketiga jatuh kepada endang (RP) manakala tempat pertama jatuh kepada Betara Karisma (NYP). Tahniah utk mereka dan juga tahniah untuk kami. Suatu permulaan baru telah pun bermula bagi kami dan bak kata pepatah, ikut resmi padi, makin kecil makin berisi... Perjuangan kami bukan habis di sini sahaja... masih banyak lagi kita perlu tempuhi dan mengambil segala kesempatan yang ada untuk menunjukkan apa yang kami ada... semoga Panjy Sry Temasek berjaya di dalam apa jua sekalipun

Terima Kasih, Assalamualaikum Wr Wb

No comments:

Post a Comment